Program Taklimat Temuduga Dan “Mock Up” Temuduga Bersama Jobs Malaysia Dan Pelajar Tunku Bendahara Kodiang.
23 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2019, pihak Pusat Internet Kodiang dengan kerjasama Jobs Malaysia negeri Kedah, telah menganjurkan program taklimat temuduga dan mock up temuduga bersama pelajar tingkatan 6 SMK Tunku Bendahara Kodiang. Seramai 51 orang pelajar tingkatan 6 telah menghadiri program tersebut. Program ini dijalankan di Pusat Internet Kodiang, Kg Kodiang Lama Dalam.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah taklimat temuduga yang disampaikan oleh JobsMalaysia dan “Mock Up” Temuduga . Taklimat ini disampaikan oleh Puan Ismazura dan Cik Azila yang merupakan pegawai Jabatan Buruh Negeri Kedah.
Para pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar 6 Rendah dan 6 Atas yang akan menduduki STPM pada tahun ini. Program ini berlangsung selama 5 jam bermula jam 9 pagi hingga 2 petang. Para pelajar telah mendapat pelbagai input yang berguna dan pengalaman yang menarik daripada program ini.
Jamuan ringan juga turut disediakan pada awal dan akhir program. Turut hadir, Penolong Kanan SMK Tunku Bendahara, Cikgu Suhara serta Guru Kaunseling SMK Tunku Bendahara Cikgu Sapilah serta dibantu pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Changlun. Program berlangsung dengan lancar dan berakhir jam 2 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: